11 Januari 2016 - Dewan Pro Canselor, UNISEL Shah Alam.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman mengajak seluruh warga universiti untuk bekerja kuat bersamanya dalam memastikan kecemerlangan dapat dicapai tahun ini.

Amanat tersebut disampaikan olehnya ketika berucap buat kali pertama kepada seluruh warga UNISEL perhimpunan bulanan yang diadakan pagi tadi di Kampus Shah alam yang turut dapat disaksikan di Kampus Bestari Jaya.Dalam ucapannya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan menekankan bahawa sasaran tahun ini perlu dapat dicapai. Malah beliau menegaskan tahun ini perlu lebih baik berbanding tahun sebelumnya dan begitu juga tahun-tahun mendatang.

 

 

© Copyright 2016 by UNISEL. All Rights Reserved.